Program Klik Dengan Bijak
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2020 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak yang bertajuk ‘Online Grooming’. Selama Program ini berlangsung pelajar telah dipertontonkan dengan video online grooming dan kuiz berkaitan dengan klik dengan bijak. Program ini telah dijalankan selama dua jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang tanggunggjawab kita apabila menggunakan internet. Seramai empat orang pelajar telah menyertai program kali ini.
Pada akhir program, pelajar telah dapat mengetahui tanggungjawab untuk menjadi pengguna yang lebih baik di media sosial . Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan pendedahan untuk menjadi pengguna yang lebih baik di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: